Thursday, March 29, 2018

TIPS NAK KULIT CANTIK BERSERI SERI

korang semua mesti suka dengan tips kak ell kali ini.
hari ini kak ell nak share tips macam mana nak dapatkan kulit berseri seri tanpa perlu buat poket kita kering.



1. scrub muka anda
kak ell pasti tips untuk dapatkan kulit berseri seri yang ni dah biasa korang dengar kan?
kalau korang nak dapatkan kulit cantik berseri seri tips yang ni MESTI buat.

pilih scrub muka yang selamat, jenama yang biasa kita dengar.
lagi selamat pilih yang organik tau.

jangan pilih scrub muka yang diragui kandungan bahan bahan yang digunakan, terlalu murah atau dibeli daripada pengedar yang diragui.

silap pilih kulit kita yang merana nanti.
nak lagi selamat DIY sahaja dekat rumah.



2. Detoks tubuh badan kita
bila toksin yang terkumpul dalam badan kita tak dapat dibebaskan secara semulajadi, lama lama toksin berkumpul, kesannya kulit muka kusam tak berseri langsung, jerawat mula lah naik.

sekarang ni ada banyak program detoks kan, air detoks pon ada.

salah satu cara yang paling berkesan untuk korang cuba
minum air lemon suam setiap pagi untuk flush balik toksin yang ada dalam badan tu.

cubalah, mesti lepas ni kulit korang berseri seri jee.




3. ambil buah buahan dan sayur sayuran setiap hari

kak ell rasa tips yang ni paling senang nak setiap hari.
ambil diet yang mengandungi buah buahan dan sayuran setiap hari untuk bekalkan nutrient yang secukupnya untuk dapatkan kulit cantik berseri-seri tu.

ambil buah buahan yang kaya dengan kandungan vitamin c, kaya dengan anti oksidan boleh buat kulit kita awet muda tau.


4. kurangkan makanan yang terlalu masin

korang tau tak makanan yang terlalu masin dan mengandungi banyak perisa tak elok untuk badan.
makan sedikit boleh tapi jangan selalu, nanti toksin berkumpul dalam badan susah lah nak dapatkan kulit cantik berseri seri tu.



5. Ambil Vitamin setiap hari

tips mudah buat korang yang nak jimat masa, tenaga, wang ringgit tapi nak dapatkan kulit cantik berseri seri.

pastikan setiap hari korang ambil vitamin ok.

Vitamin C membantu menggalakkan kesihatan gigi, gusi, tulang dan secara umumnya semua yang membentuk tubuh badan kita.
kulit korang akan nampak lebih berseri seri dan tak kusam lagi lepas ni.

Vitamin E ni sebagai antioksidan tau, pengambilan vitamin E secara konsisten mampu melembabkan kulit dan pudarkan parut jerawat.


kak ell harap tips nak kulit cantik berseri seri ni dapat bantu korang dekat luar sana yang tengah mencari cari apa yang sesuai dengan masalah kulit korang tu.

lepas amalkan tips kak kulit cantik berseri seri kak ell ni, marilah kita jadi cantik berseri bersama-sama.





Continue Reading

Thursday, March 8, 2018

selamat hari wanita sedunia



selamat hari wanita sedunia kak ell ucapkan kepada semua mommies, womens diluar sana.

 Saya bekerja 24 jam sehari..
■ Sayalah ibu...
■ Sayalah isteri...
■ Sayalah anak perempuan..
■ Sayalah menantu...
■ Sayalah jam loceng..
■ Sayalah tukang masak...
■ Sayalah pembantu rumah...
■ Sayalah guru...
■ Sayalah pelayan..
■ Sayalah nenek...
■ Sayalah jururawat..
■ Sayalah jurukamera..
■ Sayalah pengawal keselamatan..
■ Sayalah kaunselor..
■ Sayalah selimut...
📝saya x ada percutian
📝saya x ada cuti sakit
📝saya x ada cuti harian
📝saya bekerja siang malam
📝saya sentiasa 'on call'
Dedikasi untuk semua wanita.

salam sayang daripada
kak ell
Continue Reading