Saturday, October 13, 2018

Manfaat luar biasa Zink

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

kak ell nak share dengan pembaca semua 7 manfaat luar biasa zink kepada tubuh badan kita. Ada banyak rupanya kebaikan zink ni tau.






1. Meningkatkan kesihatan imun

penyelidik mendapati bahawa zink membantu mengawal keradangan, memendekkan tempoh selesema dan memberikan sokongan imun dengan mengaktifkan sel sel imun supaya mereka berfungsi secara maksimum.


2.Rambut kuat dan berkilau dengan zink

zink menyokong pertumbuhan sel, menyokong sel sel yang sihat untuk prestasi badan yang optimum. Bila sel sel badan kita lebih sihat struktur rambut kita akan jadi lebih kuat dan folikel rambut jadi lebih sihat. Kesannya rambut kita akan tumuh lebih kuat dan berkilau.


3. Kulit lebih cantik dan berseri.

betul ke ni? sifat anti keradangan dalam zink membantu mecegah radang dan meningkatkan proses pembaharuan sel, kulit lebih cepat sembuh dan sihat. Masalah jerawat yang melanda pon dapat dilegakan kerana anti keradangan tu. sebab tu lah kulit jadi lebih sihat dan berseri.


4. Permulaan untuk keluarga sihat

zink membantu mengekalkan sistem reproduktif untuk lelaki dan wanita. Dikalangan wanita, zink membantu dalam pemgawalan hormon, pengeluaran telur dan mengekalkan paras cecair folikel yang normal. ini penting untuk membantu pergerakan telur menuju rahim untuk proses penempelan.

bagi kaum lelaki pula, zink membantu meningkatkan jumlah sperma dan memperbaiki bentuk, fungsi dan kualiti sperma.


5. Meningkatkan Memori dan Pembelajaran

zink meningkatkan komunikasi antara neuron untuk memproses maklumat yang lebih cekap/ zink juga membantu melindungi saraf dan tisu otak kita


6. Meningkatkan Tenaga dan Stamina

Zink membantu menukarkan makanan menjadi tenaga secara optimum supaya anda mempunyai tenaga untuk menjalani hari anda. Ia juga meningkatkan prestasi sukan dan mengalakkan kekuatan dan ketahanan otot yang lebih baik.


7. Mempercepatkan penyembuhan luka

Zink memainkan peranan penting dalam fungsi imun, melawan jangkitan dan membantu dalam penghasilan tisu baru, mengelakkan jangkitan pada luka. Selain itu, zink mengekalkan keutuhan dan struktur kulit. zink juga menghasilkan protein dan kolagen untuk menyembuhkan luka dan berperanan penting untuk proses pembekuan darah.






0 comments:

Post a Comment