Assalamualaikum, Hai semua.
awak WAHM ke tu?
macam mana nak kekal positive, produktif dan aktif sepanjang hari.
ada hari yang kita rasa down, timeline hidup terabur, feeling bit lost tak tahu nak start daripada mana.
End up, duduk dekat corner of the sofa dan tak buat apa apa.
Don't Worry Mommies.
It's NORMAL.
macam mana kak ell overcome semua ni? sharing dengan semua beberapa tips yang kak ell google, cuba test dekat diri sendiri. Mana lah tau kalau boleh tolong korang juga kan.
1. FOKUS PADA APA YANG PENTING
Paling biasa untuk seorang mommy, apa apa pon mesti dia nak dahulukan anak, keluargakan.
kak ell rasa the best way untuk seorang WAHM mesti tahu apa priority dia pada hari tu.
kalau hari ini mommy kena settlekan kerja A, letak dekat senarai paling atas sekali kerja A tu.
apa pon terjadi kena selesaikan kerja A tu hari yang sama.
Biasanya masa nak siapkan kerja A, anak anak akan menangis, meragam atau ada banyak kerja rumah yang lain. berhenti 20 kali tu perkara biasa yang akan terjadi, takpe berhenti sekejap tenangkan anak lepas tu sambung balik.
2. KEEP YOUR MIND FRESH.
Sentiasa fikir perkara yang positif, baca lah quotes, kata kata semangat yang korang suka. macam mana? zaman dah moden kan google saja lah.
Everyday motivate diri ok. Buang perasan negatif, tak yakin diri tu jauh jauh.
3. KENA ADA TARGET
korang dah ada target? pada kak ell WAHM kena ada target untuk elak diri rasa lost atau down.
kalau belum korang ambil kertas, pen senaraikan apa target yang korang nak capai, target bulan hari ini, target bulan ini, target tahun ini.
penting sangat tau, walaupun kita WAHM sahaja tapi kita tetap boleh capai apa yang kita nak dalam hidup.
4. SELALU BERSYUKUR.
kadang kadang bila halangan datang mesti kita akan terfikir kenapa lah pilih jadi WAHM ni kan.
buang rasa tu jauh jauh, fikir balik sebab utama kenapa kita nak jadi WAHM.
Kita nak ada kerjaya atau bisnes kita sendiri dan masa yang sama kita nak masa dekat rumah dengan anak anak. kak ell rasa takde apa yang dapat gantikan kebahagiaan ni sampai bila bila.
masa akan berlalu pergi, tak mungkin kita dapat putarkan kembali masa tu. so syukur selalu.
semoga korang dapat manfaat daripada sharing ni.
don't feel alone, we are in the same boat sister!
jumpa next post❤
kak ell.
0 comments:
Post a Comment