Thursday, October 25, 2018

kenali kulit anda


Assalamualaikum, Hai Semua


korang kenal tak kulit korang jenis yang mana satu?
kulit kering, kulit normal, kulit kombinasi atau kulit sensitif.


kalau tak pasti yang mana satu, boleh baca post kak ell ni tau.
lepas ni mesti dah tak pening sebab dah tahu kulit jenis yang mana.



1. KULIT BIASA/NORMAL

kulit normal tidak berminyak atau tidak terlalu kering
warna kulit juga nampak sekata sebab kulit berada dalam keadaan yang sihat dan halus.

cuba tengok kulit bayi, lembut, halus dan sekata.
macam tu lah keadaan kulit yang normal dan sihat.




2. KULIT BERMINYAK

muka nampak berkilat, walaupun cuaca tak panas sangat tapi muka kita dah berminyak minyak.
paling teruk bila pakai make up pon tak tahan lama sebab dah bercampur dengan minyak.

kulit berminyak ni paling senang terdedah dengan jerawat.
kena stand by paper oil dalam beg tangan.





3. KULIT KERING

berbeza dengan kulit berminyak tadi kulit kering ni dia kurang lembab.
kulit nampak tak sekata dan bersisik atau berkeping, liang pori sangat kecil dan kebiasaanya tiada masalah jerawat tapi nampak kedutan.

bayangkan macam tanah sawah yang jadi kering bila kulit kemarau, lebih kurang macam tu lah untuk jenis kulit kering ni. Garisan halus dan wrinkles lebih senang nampak dan timbul terutamanya dekat area tepi mata dan ekspresi areas.





4. KULIT KOMBINASI

mereka yang mempunyai kulit kombinasi pula ada masalah di sekitar kawasan zon T, dahi, dagu dan hidung.

Liang pori nampak agak besar, kadang kadang ada jerawat dekat kawasan muka. Paling jelas sekali dekat kawasan dahi, dagu, hidung yang nampak lebih berminyak.





5. KULIT SENSITIF

Orang yang memiliki kulit sensitif ni biasanya ada masalah resdung, asma, gatal gatal kulit atau eczema.

kulit sensitif sangat nipis dan sensitif dengan persekitaran mereka contohnya seperti cuaca panas, berhabuk. Kadang kadang jerawat akan timbul kerana gangguan dengan persekitaran yang menyebabkan kulit mereka sensitif.


Ada juga dikalangan pengguna skincare yang mengandungi bahan bahan berbahaya yang kulit mereka jadi sensitif, menipis kesan daripada produk yang salah.



sekarang korang dah tahu kan kulit korang ada ciri ciri yang mana satu.
jangan keliru lagi tau.


jumpa lagi next post ❤❤


kak ell
















Continue Reading

Rezeki Allah


Assalamualaikum, Hai Semua


pernah tak rasa down sebab tak cukup duit, setiap hari ada masalah.
kereta rosak, anak minta duit sekolah, isteri minta duit belanja, mesin basuh tiba tiba rosak.
Ya Allah, rasa bertalu talu dugaan yang datang.


tapi yakinlah bila kita diberikan ujian, semua tu dugaan untuk kita.



Yakinlah rezeki itu jaminan Allah.



"Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, maka Allah akan memberikan kepadanya 
jalan keluar daripada kesusahan dan diberikanNya rezeki dari jalan yang tak disangka sangka.



dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan keperluannya.



teruskan berdoa, bersangka baik dengan Allah.
berusaha lagi sebaik yang mungkin



insya allah, semoga Allah permudahkan segala urusan kita.



jumpa lagi next entry ❤❤


kak ell



Continue Reading

Wednesday, October 24, 2018

tanda tanda badan kita kurang Vitamin C

Assalamualaikum. Hai Semua





korang tau tak apa tanda tanda badan korang kurang bekalan vitamin C ni?
Penting ke ambil Vitamin C??
Untuk apa?

banyaknya soalan tu, kak ell nak share some information yang mungkin berguna untuk korang semua tentang Vitamin C ni.

Jom Baca.



1. KULIT MUDAH KERING

pernah tak korang garu kulit sebab gatal tiba tiba nampak kesan garisan putih dekat kulit kesan korang menggaru tadi. haa,itu biasanya tanda tanda yang kulit kita kering, bila badan kita tak cukup bekalan vitamin C kulit kita akan kering dan tak lembab, kadang kadang muka nampak kusam.

Vitamin C yang cukup buat akan menggalakkan penghasilan kolagen daripada bawah kulit kita, kesannya kulit kita lebih sihat dan anjal.

yee lah, sebab kandungan kolagen tu cukupkan.





2. MUDAH SELESEMA

Ini tanda tanda yang paling ramai orang ada.
sila jangan tipu diri sendiri ok.


siapa dekat sini kena hujan sikit dah selesema, cuaca sejuk sikit dah meleleh hidung
bersin tak berhenti especially waktu pagi.


bekalan Vitamin C yang cukup dapat membantu menguatkan sistem imun badan kita, lebih kurang macam bila selesema nak menyerang vitamin C kita semua dah berkumpul membentuk kunu pertahanan lah nak fight kuman selesema tu tau.





3. MUDAH DEMAM

selalu demam? setiap bulan mesti MC sebab demam.
itu salah satu tanda yang korang perlukan vitamin C.





4. GUSI BERDARAH, LUKA LAMBAT SEMBUH, GIGI RAPUH


pelik kan kurang vitamin C boleh menyebabkan gusi berdarah, luka lambat sembuh dan gigi rapuh.
bahaya ok, setiap kali gosok gigi asyik berdarah.

Vitamin C membantu menyokong kesihatan gigi, gusi dan tulang yang lebih kuat.
kita nak pakai gigi seumur hidup ok, jangan main main.




5. LUKA LAMBAT SEMBUH

Vitamin C membantu mempercepatkan penyembuhan luka. ini fakta bukan overclaim.
kak ell ingat lagi lepas bersalin hospital ada bekalkan Vitamin C untuk kita makan, luka lepas bersalin cepat sembuh dan kering.

ini disebabkan oleh Vitamin C memberikan kita perlindungan Anti oksida. Ia menggalakkan penghasilan kulit yang lebih sihat.


korang dah check ada tak tanda tanda kekurangan vitamin C ni dekat diri korang.
kalau ada tu cepat cepat dapatkan Vitamin C. 





Nak order dengan kak ell pon boleh.
klik link wasap kak ell ni




 jumpa next post ok❤❤

kak ell.







Continue Reading

Tips kekal positif seorang WAHM



Assalamualaikum, Hai semua.


awak WAHM ke tu? 
macam mana nak kekal positive, produktif dan aktif sepanjang hari.


ada hari yang kita rasa down, timeline hidup terabur, feeling bit lost tak tahu nak start daripada mana.
End up, duduk dekat corner of the sofa dan tak buat apa apa.


Don't Worry Mommies.
It's NORMAL.

macam mana kak ell overcome semua ni? sharing dengan semua beberapa tips yang kak ell google, cuba test dekat diri sendiri. Mana lah tau kalau boleh tolong korang juga kan.


1. FOKUS PADA APA YANG PENTING

Paling biasa untuk seorang mommy, apa apa pon mesti dia nak dahulukan anak, keluargakan.
kak ell rasa the best way untuk seorang WAHM mesti tahu apa priority dia pada hari tu.
kalau hari ini mommy kena settlekan kerja A, letak dekat senarai paling atas sekali kerja A tu.
apa pon terjadi kena selesaikan kerja A tu hari yang sama.


Biasanya masa nak siapkan kerja A, anak anak akan menangis, meragam atau ada banyak kerja rumah yang lain. berhenti 20 kali tu perkara biasa yang akan terjadi, takpe berhenti sekejap tenangkan anak lepas tu sambung balik.




2. KEEP YOUR MIND FRESH.

Sentiasa fikir perkara yang positif, baca lah quotes, kata kata semangat yang korang suka. macam mana? zaman dah moden kan google saja lah.

Everyday motivate diri ok. Buang perasan negatif, tak yakin diri tu jauh jauh.


3. KENA ADA TARGET

korang dah ada target? pada kak ell WAHM kena ada target untuk elak diri rasa lost atau down.
kalau belum korang ambil kertas, pen senaraikan apa target yang korang nak capai, target bulan hari ini, target bulan ini, target tahun ini.

penting sangat tau, walaupun kita WAHM sahaja tapi kita tetap boleh capai apa yang kita nak dalam hidup.



4. SELALU BERSYUKUR.

kadang kadang bila halangan datang mesti kita akan terfikir kenapa lah pilih jadi WAHM ni kan.
buang rasa tu jauh jauh, fikir balik sebab utama kenapa kita nak jadi WAHM.

Kita nak ada kerjaya atau bisnes kita sendiri dan masa yang sama kita nak masa dekat rumah dengan anak anak. kak ell rasa takde apa yang dapat gantikan kebahagiaan ni sampai bila bila.

masa akan berlalu pergi, tak mungkin kita dapat putarkan kembali masa tu. so syukur selalu.


semoga korang dapat manfaat daripada sharing ni.
don't feel alone, we are in the same boat sister!

jumpa next post❤

kak ell.






Continue Reading

Monday, October 22, 2018

keliru nak pilih pembersih muka yang sesuai?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.




pernah tak korang rasa keliru nak pilih pembersih muka yang mana satu sesuai untuk korang.
silap pilih tak sesuai dengan kulit lain pulak jadinya kan.
elok elok nak kulit mulus bak gadis korea bertukar jadi kulit kaktus pulak.


kak ell dah jumpa cleanser yang buat kak ell rasa nak cium pipi sendiri tau. kak ell rasa teruja betul nak share benda yang baik ni. 



LUMINOUS GEL OIL CLEANSER


haaa, ini lah dia guna sikit sahaja sebesar size kacang pea, dah cukup tau. tiada sabun dan ada kandungan PH yang seimbang sesuai untuk semua jenis kulit muka.


luminous gel oil cleanser basically formulated untuk membantu membersih, menghalus kulit kita secara lembut.


paling penting sekali bila nak pilih cleanser atau skincare ni kita kena tengok bahan utama dalam tu, pilih yang selamat, bebas bahan kimia dan tiada paraben.


semua ini ada dalam youth cleanser tau, bebas daripada 1500 bahan kimia yang biasanya ada dalam produk skincare lain.


bahan utama dalam luminous gel oil cleanser ni adalah seperti Vital repair +, muscadine grape extract dan juga green algae complex.



Muscadine Grape Extract

muscadine grape ni adalah anggur yang paling ekslusif dan kaya dengan anti oksidan tau

bila bahan ni dimasukkan kedalam luminous gel oil cleanser ia akan lindungi sel kulit kita daripada radiasi bebas yang ada dalam udara, sinar ub dan bahan kimia dalam produk make up.

bayangkan tanpa bagan anti oksidan ni, sel kulit kita terdedah pada kerosakan , sel rosak, DNA pon rosak.


Vital Repair+ complex

Vital repair + complex ni adalah satu formula yang dah dipatenkan oleh shaklee.

dalam vital repair + complex ada kandungan vitamin vitamin yang sangatlah penting untuk kulit kita dia bekalkan nutrisi dan perlindungan anti oksidan yang secukupnya.


best kan korang, bukan saja dapat bersihkan kulit muka tapi dapat vitamin lagi.


Algae hijau dalam luminous gel oil cleanser pula bertindak membuang kotoran dekat muka dengan lembut tanpa cederakan kulit. 





Ramai yang dah cuba youth luminuos gel oil cleanser ni dan puas hati sangat.


kedutan makin berkurangan, saiz pori semakin mengecil, kulit makin anjal, masalah jeragat hilang


rugi sangat kalau orang lain dah jadi muda 10 tahun tapi kita tak cuba lagi kan.



kalau korang nak tau lagi atau nak cuba luminous gel oil cleanser ni boleh whatsapp kak ell tau


klik link whatsapp kak ell ni


jumpa lagi next post daripada kak ell ❤

Continue Reading

Saturday, October 13, 2018

Manfaat luar biasa Zink

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

kak ell nak share dengan pembaca semua 7 manfaat luar biasa zink kepada tubuh badan kita. Ada banyak rupanya kebaikan zink ni tau.






1. Meningkatkan kesihatan imun

penyelidik mendapati bahawa zink membantu mengawal keradangan, memendekkan tempoh selesema dan memberikan sokongan imun dengan mengaktifkan sel sel imun supaya mereka berfungsi secara maksimum.


2.Rambut kuat dan berkilau dengan zink

zink menyokong pertumbuhan sel, menyokong sel sel yang sihat untuk prestasi badan yang optimum. Bila sel sel badan kita lebih sihat struktur rambut kita akan jadi lebih kuat dan folikel rambut jadi lebih sihat. Kesannya rambut kita akan tumuh lebih kuat dan berkilau.


3. Kulit lebih cantik dan berseri.

betul ke ni? sifat anti keradangan dalam zink membantu mecegah radang dan meningkatkan proses pembaharuan sel, kulit lebih cepat sembuh dan sihat. Masalah jerawat yang melanda pon dapat dilegakan kerana anti keradangan tu. sebab tu lah kulit jadi lebih sihat dan berseri.


4. Permulaan untuk keluarga sihat

zink membantu mengekalkan sistem reproduktif untuk lelaki dan wanita. Dikalangan wanita, zink membantu dalam pemgawalan hormon, pengeluaran telur dan mengekalkan paras cecair folikel yang normal. ini penting untuk membantu pergerakan telur menuju rahim untuk proses penempelan.

bagi kaum lelaki pula, zink membantu meningkatkan jumlah sperma dan memperbaiki bentuk, fungsi dan kualiti sperma.


5. Meningkatkan Memori dan Pembelajaran

zink meningkatkan komunikasi antara neuron untuk memproses maklumat yang lebih cekap/ zink juga membantu melindungi saraf dan tisu otak kita


6. Meningkatkan Tenaga dan Stamina

Zink membantu menukarkan makanan menjadi tenaga secara optimum supaya anda mempunyai tenaga untuk menjalani hari anda. Ia juga meningkatkan prestasi sukan dan mengalakkan kekuatan dan ketahanan otot yang lebih baik.


7. Mempercepatkan penyembuhan luka

Zink memainkan peranan penting dalam fungsi imun, melawan jangkitan dan membantu dalam penghasilan tisu baru, mengelakkan jangkitan pada luka. Selain itu, zink mengekalkan keutuhan dan struktur kulit. zink juga menghasilkan protein dan kolagen untuk menyembuhkan luka dan berperanan penting untuk proses pembekuan darah.






Continue Reading

Thursday, July 12, 2018

5 SEBAB KENAPA PERLU AMBIL KOLAGEN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pernah tak terfikir kenapa korang kena ambil kolagen setiap hari.
Pernah tak korang terfikir bekalan kolagen dalam badan korang boleh habis.
Pernah tak korang terfikir macam mana nak tingkatkan balik kolagen yang dah berkurang dalam badan.

kenapa korang kena start ambil kolagen hari ini.



Ini ada 5 sebab utama kenapa korang kena ambil kolagen.

1. KOLAGEN ADALAH BAHAN UTAMA UNTUK KULIT YANG LEBIH TEGANG

Dalam badan kita sebanyak 30% protein adalah daripada kolagen.
Pernah tak korang terfikir apa sebenarnya fungsi kolagen ni.
sebenarnya kolagen ni berfungsi macam gam, kolagen akan pegang semua sel kulit bersama.
tugas kolagen ni adalah untuk pastikan ikatan bahagian dalaman dan luaran tetap kuat.
bila ikatan kolagen kita kuat pastilah kulit kita lebih anjal dan tegang.

Tapi, ada banyak faktor yang membuatkan keanjalan dan ketegangan kulit kita lama lama hilang.
bila kita tambah supplemen kolagen dalam check list harian kita susahlah kulit nak kendur atau berkedut.

sebab kulit kita cukup bekalan kolagen!

2.KOLAGEN MENYOKONG KESIHATAN SENDI

Tahu tak kolagen ni menyokong kekuatan sendi kita.
kolagen bertindak sebagai blok bangunan asas sendi, ringkas kata kolagen akan sokong fleksibiliti dan pergerakan sendi kita. asid amino dalam kolagen memberikan sokongan dan keanjalan kepada tisu penghubung seprti tulang rawan, tulang, tendon dan ligamen kita.

Bayangkanlah kalau kolagen dalam sendi kita berkurangan, pergerakan kita mesti jadi terbatas kan.
sebab ni juga lah kita kena ambil kolagen.




3.KOLAGEN YANG CUKUP BUAT RAMBUT DAN KUKU LEBIH SIHAT.

Tak sangka rambut dan kuku kita pon perlukan bekalan kolagen yang cukup kan.
ingatkan cukup sekadar pilih syampu dan perapi yang betul sahaja.

bila bekalan kolagen cukup ia akan menyokong  penyerapan nutrien pada kulit kepala dan struktir asas kuku kita. baru lah rambut dan kuku kita tumbuh cantik sahaja.



4.MAKIN BERTAMBAH UMUR KITA  MAKIN BERKURANG KOLAGEN.

 Mengikut kajian selepas umur 20 tahun badan kita akan menghasilkan kurang 1% kolagen berbanding tahun sebelumnya. ini bermaksud tahun sebelumnya tahap kolagen dalam badan kita ada 99% bila masuk tahun baru dah tinggal 98% sahaja kolagen yang tinggal dalam badan kita. Bayangkan selama 20 tahun kita abaikan tahap kolagen dalam badan kita.

Mungkin sekarang yang tinggal hanya 45% sahaja.

Bila kolagen semakin berkurang garis halus, kedut, kulit kering, kulit kusam semakin ketara. Bertindak sekarang jangan tunggu setahun lagi untuk tambahkan kolagen kita.



5.SETIAP HARI KOLAGEN ROSAK.

Jangan ingat kolagen yang ada dalam badan kita akan sentiasa dalam keadaan yang baik. Kolagen pon boleh rosak tau. Pencemaran alam bahan kimia, sinar UV semua ini menyumbang kepada kerosakan kolagen. Bila berlaku pendedahan dalam jangka masa yang panjang tahap kolagen tadi akan menjadi rosak dan rendah mengakibatkan penuaan sebelum usia. 

Pengambilan kolagen dalam kehidupan kita dapat membantu meningkatkan tahap bekalan kolagen.




Berminat untuk dapatkan vitamin shaklee. Boleh contact kak ell klik whatsapp +60133534402

JAMINAN KAMI
produk supplemen shaklee
✔️selamat, mempunyai sijil halal dan kelulusan KKM
✔️semulajadi
✔️berkesan

MENGAPA SAYA?
kak ell merupakan pengedar shaklee yang sah. Sebelum anda membeli sesuatu supplement kak ell akan memberikan bantuan konsultasi supplemen yang sesuai mengikut keperluan diri pengguna.

PENHANTARAN
Penghantaran secara pos akan menggunakan khidmat poslaju, City-Link atau yang bersesuai dengan lokasi anda.

PEMBAYARAN
Pembayaran boleh dibuat menggunakan akaun Maybank, CIMB.

NAK BELI SET SHAKLEE
Untuk mendapatkannya, anda mempunyai beberapa pilihan:

✔️ belian online dengan menggunakan kad debit atau kad kredit anda
✔️ belian di cawangan shaklee terdekat (ID: 1249215)5
✔️ hubingi kak ell ditalian +60133534402 untuk sebarang bantuan/belian.

Continue Reading

Thursday, March 29, 2018

TIPS NAK KULIT CANTIK BERSERI SERI

korang semua mesti suka dengan tips kak ell kali ini.
hari ini kak ell nak share tips macam mana nak dapatkan kulit berseri seri tanpa perlu buat poket kita kering.



1. scrub muka anda
kak ell pasti tips untuk dapatkan kulit berseri seri yang ni dah biasa korang dengar kan?
kalau korang nak dapatkan kulit cantik berseri seri tips yang ni MESTI buat.

pilih scrub muka yang selamat, jenama yang biasa kita dengar.
lagi selamat pilih yang organik tau.

jangan pilih scrub muka yang diragui kandungan bahan bahan yang digunakan, terlalu murah atau dibeli daripada pengedar yang diragui.

silap pilih kulit kita yang merana nanti.
nak lagi selamat DIY sahaja dekat rumah.



2. Detoks tubuh badan kita
bila toksin yang terkumpul dalam badan kita tak dapat dibebaskan secara semulajadi, lama lama toksin berkumpul, kesannya kulit muka kusam tak berseri langsung, jerawat mula lah naik.

sekarang ni ada banyak program detoks kan, air detoks pon ada.

salah satu cara yang paling berkesan untuk korang cuba
minum air lemon suam setiap pagi untuk flush balik toksin yang ada dalam badan tu.

cubalah, mesti lepas ni kulit korang berseri seri jee.




3. ambil buah buahan dan sayur sayuran setiap hari

kak ell rasa tips yang ni paling senang nak setiap hari.
ambil diet yang mengandungi buah buahan dan sayuran setiap hari untuk bekalkan nutrient yang secukupnya untuk dapatkan kulit cantik berseri-seri tu.

ambil buah buahan yang kaya dengan kandungan vitamin c, kaya dengan anti oksidan boleh buat kulit kita awet muda tau.


4. kurangkan makanan yang terlalu masin

korang tau tak makanan yang terlalu masin dan mengandungi banyak perisa tak elok untuk badan.
makan sedikit boleh tapi jangan selalu, nanti toksin berkumpul dalam badan susah lah nak dapatkan kulit cantik berseri seri tu.



5. Ambil Vitamin setiap hari

tips mudah buat korang yang nak jimat masa, tenaga, wang ringgit tapi nak dapatkan kulit cantik berseri seri.

pastikan setiap hari korang ambil vitamin ok.

Vitamin C membantu menggalakkan kesihatan gigi, gusi, tulang dan secara umumnya semua yang membentuk tubuh badan kita.
kulit korang akan nampak lebih berseri seri dan tak kusam lagi lepas ni.

Vitamin E ni sebagai antioksidan tau, pengambilan vitamin E secara konsisten mampu melembabkan kulit dan pudarkan parut jerawat.


kak ell harap tips nak kulit cantik berseri seri ni dapat bantu korang dekat luar sana yang tengah mencari cari apa yang sesuai dengan masalah kulit korang tu.

lepas amalkan tips kak kulit cantik berseri seri kak ell ni, marilah kita jadi cantik berseri bersama-sama.





Continue Reading

Thursday, March 8, 2018

selamat hari wanita sedunia



selamat hari wanita sedunia kak ell ucapkan kepada semua mommies, womens diluar sana.

 Saya bekerja 24 jam sehari..
■ Sayalah ibu...
■ Sayalah isteri...
■ Sayalah anak perempuan..
■ Sayalah menantu...
■ Sayalah jam loceng..
■ Sayalah tukang masak...
■ Sayalah pembantu rumah...
■ Sayalah guru...
■ Sayalah pelayan..
■ Sayalah nenek...
■ Sayalah jururawat..
■ Sayalah jurukamera..
■ Sayalah pengawal keselamatan..
■ Sayalah kaunselor..
■ Sayalah selimut...
📝saya x ada percutian
📝saya x ada cuti sakit
📝saya x ada cuti harian
📝saya bekerja siang malam
📝saya sentiasa 'on call'
Dedikasi untuk semua wanita.

salam sayang daripada
kak ell
Continue Reading

Tuesday, January 30, 2018

Promo Januari

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Bulan januari 2018 dah hampir nak melabuhkan tirai kan.
Ada apa dengan bulan januari ni, bulan ni ada promo beli 3 omega guard dapat 5% diskaun tau.

wah ! awal tahun dah ada promo best macam ini, memang wajib grab 3 botol terus ni.

boleh bagi satu untuk mak, satu untuk mak mertua dan satu untuk family tercinta kan.

promo omega guard untuk bulan januari saja tau.




Continue Reading