Assalamualaikum, Hai Semua
korang kenal tak kulit korang jenis yang mana satu?
kulit kering, kulit normal, kulit kombinasi atau kulit sensitif.
kalau tak pasti yang mana satu, boleh baca post kak ell ni tau.
lepas ni mesti dah tak pening sebab dah tahu kulit jenis yang mana.
1. KULIT BIASA/NORMAL
kulit normal tidak berminyak atau tidak terlalu kering
warna kulit juga nampak sekata sebab kulit berada dalam keadaan yang sihat dan halus.
cuba tengok kulit bayi, lembut, halus dan sekata.
macam tu lah keadaan kulit yang normal dan sihat.
2. KULIT BERMINYAK
muka nampak berkilat, walaupun cuaca tak panas sangat tapi muka kita dah berminyak minyak.
paling teruk bila pakai make up pon tak tahan lama sebab dah bercampur dengan minyak.
kulit berminyak ni paling senang terdedah dengan jerawat.
kena stand by paper oil dalam beg tangan.
3. KULIT KERING
berbeza dengan kulit berminyak tadi kulit kering ni dia kurang lembab.
kulit nampak tak sekata dan bersisik atau berkeping, liang pori sangat kecil dan kebiasaanya tiada masalah jerawat tapi nampak kedutan.
bayangkan macam tanah sawah yang jadi kering bila kulit kemarau, lebih kurang macam tu lah untuk jenis kulit kering ni. Garisan halus dan wrinkles lebih senang nampak dan timbul terutamanya dekat area tepi mata dan ekspresi areas.
4. KULIT KOMBINASI
mereka yang mempunyai kulit kombinasi pula ada masalah di sekitar kawasan zon T, dahi, dagu dan hidung.
Liang pori nampak agak besar, kadang kadang ada jerawat dekat kawasan muka. Paling jelas sekali dekat kawasan dahi, dagu, hidung yang nampak lebih berminyak.
5. KULIT SENSITIF
Orang yang memiliki kulit sensitif ni biasanya ada masalah resdung, asma, gatal gatal kulit atau eczema.
kulit sensitif sangat nipis dan sensitif dengan persekitaran mereka contohnya seperti cuaca panas, berhabuk. Kadang kadang jerawat akan timbul kerana gangguan dengan persekitaran yang menyebabkan kulit mereka sensitif.
Ada juga dikalangan pengguna skincare yang mengandungi bahan bahan berbahaya yang kulit mereka jadi sensitif, menipis kesan daripada produk yang salah.
sekarang korang dah tahu kan kulit korang ada ciri ciri yang mana satu.
jangan keliru lagi tau.
jumpa lagi next post ❤❤
kak ell