Monday, October 26, 2020

Protein Soya pilihan terbaik untuk ibu yang sibuk!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


sumber: Pinterest


Seorang ibu mempunyai pelbagai tanggungjawab. Selain daripada menguruskan keluarga dan kerjaya, mereka sering kali mengabaikan diri mereka dan sebaliknya fokus kepada yang lain. Komitmen sebegini menjejaskan pengambilan makanan mereka kerana mereka sering mengambil makanan yang tidak seimbang atau tidak makan sebarang makanan langsung. Ia adalah amat penting bagi seorang ibu untuk mengambil minuman protein soya kerana ia dapat memberikan mereka tenaga untuk menjalani rutin seharian. 

Ketahui dengan lebih lanjut mengenai bagaimana protein soya dapat membantu golongan ibu.

sumber: pinterest


Meningkatkan Seri Kulit

Untuk kulit yang berseri, berikan kulit anda protein yang berkualiti tinggi lengkap dengan kesemua amino asid perlu. Protein soya mengandungi isoflavon yang mempunyai aktiviti estrogenik yang membantu merangsang kulit untuk kelihatan lebih muda. Kajian turut menunjukkan bahawa pengambilan isoflavon soya membantu meningkatkan keanjalan kulit

sumber:pinterest


Menguatkan Rambut dan Kuku

Keguguran rambut dan kuku yang rapuh sering dikaitkan dengan pemakanan yang tidak berkhasiat serta kekurang nutrien, terutamannya protein. Kekurangan asid amino perlu, menyebabkan badan tidak dapat menghasilkan keratin yang mencukupi. Akibatnya, rambut dan kuku kelihatan nipis dan rapuh.

sumber: pinterest


Melegakan Ketidakselesaan Perut 

Komitmen dan jadual harian yang padat menyebabkan pengambilan makanan diabaikan dimana ia boleh mendatangkan masalah ketidakhadaman, pedih hati, perut kembung atau gastritis, sekiranya dibiarkan berlarutan. Protein soya yang mudah disediakan dan berkhasiat memberikan si ibu hidangan yang cepat pada bila-bila masa, di mana jua. Kajian juga menunjukkan bahawa protein soya dapat mengurangkan penghasilan asid gastrik berlebihan dan memastikan perut anda sihat

sumber:pinterest


Menyokong Kehamilan Yang Sihat 

Kesihatan sepanjang tempoh kehamilan adalah amat penting untuk perkembangan bayi serta ibu mengandung. Dalam tempoh ini, ibu mengandung haruslah mengambil protein yang mencukupi bagi memenuhi keperluan janin yang sedang membesar. Pengambilan protein secara konsisten dalam tempoh kehamilan dapat membantu meningkatkan berat dan ketinggian bayi baru lahir, dan mengurangkan peratusan kelahiran bayi yang tidak cukup berat

sumber:pinterest


Menggalakan Penghasilan Susu Ibu 

Susu ibu merupakan nutrisi yang terbaik bagi tumbesaran dan perkembangan bayi. Ia juga kaya dengan antibodi yang merupakan sumber imunisasi pertama dalam saluran usus untuk bayi yang baru lahir . Walaubagaimanapun, ibu yang sibuk sering mengabaikan pemakanan mereka semasa tempoh penyusuan. Dengan protein soya yang berkualiti tinggi, ia membantu memenuhi keperluan protein dalam pemakanan seseorang ibu yang menyusu serta membantunya menjalani tempoh penyusuan yang lebih lancar.



Manfaat protein soya yang diperolehi daripada ESP


Untuk sebarang pembelian dan pertanyaan boleh klik link seperti dibawah 






 

Continue Reading

Sunday, October 18, 2020

Bagaimana memilih Protein Soya Terbaik


sumber : pinterest

Assalamualaikum & Hai

Semoga kita semua sentiasa dalam lindungan dan rahmatNya.


Hari ini ell pilih untuk berkongsi tentang kebaikan protein soya. Umum kita ketahui bahawa urusan  untuk memberikan yang terbaik untuk keluarga anda bukanlah tugas yang mudah terutamanya dalam soal memilih makanan dan minuman yang sihat dan enak untuk seisi keluarga. Tugas menjadi lebih rumit dengan deretan ratusan jenis produk di pasaran, mengaburi pandangan kita dengan label yang mengelirukan dengan tambahan pewarna dan perisa makanan tambahan. 


Jangan bimbang, kami bantu anda untuk memilih sumber protein yang betul dengan 5 panduan:


                                                sumber : pinterest

1. Protein Tumbuhan vs Protein Berasaskan Haiwan? 

Kedua-dua protein tumbuhan dan berasaskan haiwan mengandungi kandungan protein yang sama. Walaubagaimanapun, sumber berasaskan haiwan seperti daging merah atau ayam mungkin mengandungi bahan kimia berbahaya dan berpenyakit. Protein soya lebih mudah dihadam, terutamanya di kalangan warga tua.


                                            sumber : pinterest

2. Kandungan Kolesterol Tinggi vs Kolesterol Rendah? 

Protein berasaskan tumbuh-tumbuhan mengandungi sifar kolesterol.


                                                sumber : pinterest

3. Kandungan Tinggi Lemak vs Rendah Lemak? 

Ayam mengandungi lemak tepu dan transfat. Manakala protein berasaskan tumbuhan bebas daripadanya. Jadi, makanlah kacang, biji-bijian, tauhu dan bijirin penuh yang memberikan anda protein tanpa lemak berlebihan


                                                   sumber : pinterest

4. Sumber Semulajadi vs Sumber yang diproses? 

Seboleh mungkin dapatkan protein anda dalam keadaan semulajadi. Makanan yang diproses mungkin kehilangan kandungan nutrien. Apabila anda tidak mendapat protein yang mencukupi daripada diet anda, anda boleh memilih serbuk protein berkualiti tinggi yang memberikan asid amino dan kalsium untuk menguatkan tulang serta gigi.


                                                   sumber : pinterest

5. GMO vs bukan-GMO? 

GMO (Organisma yang diubahsuai secara genetik) ialah tumbuhan, haiwan, mikroorganisma atau organisma lain yang genetiknya telah diubahsuai menggunakan pengubahsuaian genetik atau teknik kejuruteraan. GMO ini telah dikaitkan dengan pelbagai risiko kesihatan.




ESP adalah salah satu pilihan protein soya non GMO yang menjadi pilihan ramai


Tenaga Berterusan, Berasaskan Protein Tumbuhan Yang Berkualiti Tinggi 


  • setiap satu hidangan membekalkan 14g protein berasaskan tumbuhan.  
  • Mempunyai skor PDCAAS (Protein Digestibility Corrected Amino Acid Score) 1.0 – nilai tertinggi protein keterhadaman dan protein yang paling berkualiti. 
  • Mengandungi 9 asid amino.
  • Tinggi dengan kalsium.
  • Tanpa kolesterol 
  • Protein soya membantu menurunkan paras kolesterol

Untuk sebarang pembelia dan pertanyaan berkenaan produk shaklee boleh klik link dibawah




Continue Reading

Thursday, October 15, 2020

Bagaimana pilih Vitamin C yang terbaik



Assalamualaikum, Hai Semua


Ramai orang yang dah sedar pentingnya pengambilan Vitamin C untuk menyokong kesihatan badan kita. Namun ramai yang tak tahu bahawa Vitamin C tidak dihasilkan oleh badan kita tapi kita boleh dapatkan Vitamin C daripada diet harian kita. 


tapi ada yang kata cukup dengan pemgambilan buah-buahan dan sayuran yang ada Vitamin C. Tak perlu nak ambil apa apa makanan tambahan yang mengandungi Vitamin C. Boleh tapi kita kena tengok balik macam mana cara penyediaan buah-buahan atau sayuran tadi. Bergantung kepada cara kita membasuh, memotong dan juga memasak, sebagai contoh sayur yang perlu dimasak perhatikan berapa lama kita masak, rebus, goreng atau mencelur. takut-takut belum sempat masuk mulut dah habis semua Vitamin C tu.




 Untuk mendapatkan 500mg vitamin C, anda perlu makan buah oren sebanyak 7.5 biji, 6 cawan brokoli atau 119 batang lobak merah. Adalah mustahil untuk mencapainya dalam diet harian, kerana kos yang tinggi. Banyak bukan, nak kira kos pon mahal jugak





Kajian yang dijalankan oleh Institut Perubatan (IOM) menunjukkan bahawa pengambilan vitamin C yang tinggi mempunyai risiko ketoksikan yang rendah dan kesan buruk telah dilaporkan apabila penggunaan harian adalah 3000mg/ hari. Kementerian Kesihatan Malaysia juga telah menggariskan pengambilan vitamin C maksimum kepada 2000mg/hari




Walaupun anda mengambil kuantiti vitamin C yang tinggi, badan anda hanya boleh menyerap apa yang diperlukan dan membuangnya jika berlebihan. Membazir pulak kan.


Pilihan yang terbaik untuk anda adalah dengan mengambil vitamin C melalui Sustained Release Vita-C Plus™ dimana 100mg vitamin C dilepaskan setiap jam, sepanjang lima jam bagi memastikan penyerapan maksimum pada badan. Cara ini juga lebih bijak dan menjimatkan kos kerana Sustained Release Vita-C Plus™ hanya memberikan kos 40 sen sahaja setiap biji!



Dapatkan Vita C Plus hari ini
klik link dibawah untuk sebarang pembelian dan pertanyaan











Continue Reading

Wednesday, October 14, 2020

Tips Meningkatkan Imun Sistem Anda

 


Assalamualaikum Semua.


Ell harap semuanya sihat sejahtera walaupun berdepan dengan wabak covid 19.
hari ni ell nak share dengan semua sharing daripada pakar nutrisi shaklee Puan Sarah tentang 4 nutrien penting yang boleh bantu tingkatkan imun sistem kita semasa musim covid 19 ni.


Terdapat 4 nutrien penting iaitu Vitamin C, Omega 3, Protein dan juga Polifenol.
kesemua nutrien penting ni ada dalam produk shaklee tau.

Vitamin C = Vita C Plus
Omega 3 = Omega Guard
Protein = ESP
Polifenol = Vivix



Vit C Plus

• Menyokong kulit yang lebih sihat.
 • Menggalakkan gusi dan tisu penghubung yang lebih kuat 
• Merangsang sistem imunisasi



Omega Guard

• Menggalakkan peredaran darah yang sihat 
• Mengurangkan keradangan. 
• Mengawal selia trigliserida (kolesterol) dan paras tekanan darah.
 • Menambahbaik peredaran darah. 
 • Mengekalkan degupan jantung yang sihat




ESP

• Menggalakkan kuku, kulit, rambut yang sihat.
 • Menyokong proses tumbesaran dan perkembangan.
 • Memberikan tenaga yang berkekalan sepanjang hari. 


Vivix

Mengandungi Polifenol yang diperolehi daripada campuran anggur muscadine, Ekstrak Polyganum Cuspidatum, Ekstrak Lobak Ungu dan Ekstrak Eldeberi Eropah

 Terdapat banyak kajian klinikal dan sains telah merekodkan bagaimana polifenol dapat memberi kesan positif kepada sel-sel di dalam badan kita

• Mengurangkan keradangan dengan mengoptimumkan sistem imun.
 • Meningkatkan proses detoksifikasi terutamanya di hati.
• Meningkatkan tahap antioksidan dalam badan.
 • Mengurangkan tekanan biologi dalam badan.


semoga sharing daripada ell dapat membantu semua yang membaca

sebarang pertanyaan berkenaan produk atau pembelian boleh terus klik pada link dibawah






Continue Reading

Tuesday, October 13, 2020

PENGEDAR SHAKLEE ANDA

 


Assalamualaikum Semua.


Hai, bagi sesiapa yang berminat untuk mendapatkan produk shaklee boleh hubungi ell dengan segera.

tekan link ini untuk sebarang pertanyaan dan pembelian


linktr.ee/ohbeautymummy



COD di sekitar

Bandar Seri Putra

Bandar Bukit Mahkota, Bangi

Bangi Avenue

Bangi

Kajang

UKM 

Kuis

Nilai

Kuala Lumpur

Johor Bahru

Muar


Postage ke seluruh negara setiap hari

Continue Reading

Thursday, October 25, 2018

kenali kulit anda


Assalamualaikum, Hai Semua


korang kenal tak kulit korang jenis yang mana satu?
kulit kering, kulit normal, kulit kombinasi atau kulit sensitif.


kalau tak pasti yang mana satu, boleh baca post kak ell ni tau.
lepas ni mesti dah tak pening sebab dah tahu kulit jenis yang mana.



1. KULIT BIASA/NORMAL

kulit normal tidak berminyak atau tidak terlalu kering
warna kulit juga nampak sekata sebab kulit berada dalam keadaan yang sihat dan halus.

cuba tengok kulit bayi, lembut, halus dan sekata.
macam tu lah keadaan kulit yang normal dan sihat.




2. KULIT BERMINYAK

muka nampak berkilat, walaupun cuaca tak panas sangat tapi muka kita dah berminyak minyak.
paling teruk bila pakai make up pon tak tahan lama sebab dah bercampur dengan minyak.

kulit berminyak ni paling senang terdedah dengan jerawat.
kena stand by paper oil dalam beg tangan.





3. KULIT KERING

berbeza dengan kulit berminyak tadi kulit kering ni dia kurang lembab.
kulit nampak tak sekata dan bersisik atau berkeping, liang pori sangat kecil dan kebiasaanya tiada masalah jerawat tapi nampak kedutan.

bayangkan macam tanah sawah yang jadi kering bila kulit kemarau, lebih kurang macam tu lah untuk jenis kulit kering ni. Garisan halus dan wrinkles lebih senang nampak dan timbul terutamanya dekat area tepi mata dan ekspresi areas.





4. KULIT KOMBINASI

mereka yang mempunyai kulit kombinasi pula ada masalah di sekitar kawasan zon T, dahi, dagu dan hidung.

Liang pori nampak agak besar, kadang kadang ada jerawat dekat kawasan muka. Paling jelas sekali dekat kawasan dahi, dagu, hidung yang nampak lebih berminyak.





5. KULIT SENSITIF

Orang yang memiliki kulit sensitif ni biasanya ada masalah resdung, asma, gatal gatal kulit atau eczema.

kulit sensitif sangat nipis dan sensitif dengan persekitaran mereka contohnya seperti cuaca panas, berhabuk. Kadang kadang jerawat akan timbul kerana gangguan dengan persekitaran yang menyebabkan kulit mereka sensitif.


Ada juga dikalangan pengguna skincare yang mengandungi bahan bahan berbahaya yang kulit mereka jadi sensitif, menipis kesan daripada produk yang salah.



sekarang korang dah tahu kan kulit korang ada ciri ciri yang mana satu.
jangan keliru lagi tau.


jumpa lagi next post ❤❤


kak ell
















Continue Reading

Rezeki Allah


Assalamualaikum, Hai Semua


pernah tak rasa down sebab tak cukup duit, setiap hari ada masalah.
kereta rosak, anak minta duit sekolah, isteri minta duit belanja, mesin basuh tiba tiba rosak.
Ya Allah, rasa bertalu talu dugaan yang datang.


tapi yakinlah bila kita diberikan ujian, semua tu dugaan untuk kita.



Yakinlah rezeki itu jaminan Allah.



"Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, maka Allah akan memberikan kepadanya 
jalan keluar daripada kesusahan dan diberikanNya rezeki dari jalan yang tak disangka sangka.



dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan keperluannya.



teruskan berdoa, bersangka baik dengan Allah.
berusaha lagi sebaik yang mungkin



insya allah, semoga Allah permudahkan segala urusan kita.



jumpa lagi next entry ❤❤


kak ell



Continue Reading

Wednesday, October 24, 2018

tanda tanda badan kita kurang Vitamin C

Assalamualaikum. Hai Semua





korang tau tak apa tanda tanda badan korang kurang bekalan vitamin C ni?
Penting ke ambil Vitamin C??
Untuk apa?

banyaknya soalan tu, kak ell nak share some information yang mungkin berguna untuk korang semua tentang Vitamin C ni.

Jom Baca.



1. KULIT MUDAH KERING

pernah tak korang garu kulit sebab gatal tiba tiba nampak kesan garisan putih dekat kulit kesan korang menggaru tadi. haa,itu biasanya tanda tanda yang kulit kita kering, bila badan kita tak cukup bekalan vitamin C kulit kita akan kering dan tak lembab, kadang kadang muka nampak kusam.

Vitamin C yang cukup buat akan menggalakkan penghasilan kolagen daripada bawah kulit kita, kesannya kulit kita lebih sihat dan anjal.

yee lah, sebab kandungan kolagen tu cukupkan.





2. MUDAH SELESEMA

Ini tanda tanda yang paling ramai orang ada.
sila jangan tipu diri sendiri ok.


siapa dekat sini kena hujan sikit dah selesema, cuaca sejuk sikit dah meleleh hidung
bersin tak berhenti especially waktu pagi.


bekalan Vitamin C yang cukup dapat membantu menguatkan sistem imun badan kita, lebih kurang macam bila selesema nak menyerang vitamin C kita semua dah berkumpul membentuk kunu pertahanan lah nak fight kuman selesema tu tau.





3. MUDAH DEMAM

selalu demam? setiap bulan mesti MC sebab demam.
itu salah satu tanda yang korang perlukan vitamin C.





4. GUSI BERDARAH, LUKA LAMBAT SEMBUH, GIGI RAPUH


pelik kan kurang vitamin C boleh menyebabkan gusi berdarah, luka lambat sembuh dan gigi rapuh.
bahaya ok, setiap kali gosok gigi asyik berdarah.

Vitamin C membantu menyokong kesihatan gigi, gusi dan tulang yang lebih kuat.
kita nak pakai gigi seumur hidup ok, jangan main main.




5. LUKA LAMBAT SEMBUH

Vitamin C membantu mempercepatkan penyembuhan luka. ini fakta bukan overclaim.
kak ell ingat lagi lepas bersalin hospital ada bekalkan Vitamin C untuk kita makan, luka lepas bersalin cepat sembuh dan kering.

ini disebabkan oleh Vitamin C memberikan kita perlindungan Anti oksida. Ia menggalakkan penghasilan kulit yang lebih sihat.


korang dah check ada tak tanda tanda kekurangan vitamin C ni dekat diri korang.
kalau ada tu cepat cepat dapatkan Vitamin C. 





Nak order dengan kak ell pon boleh.
klik link wasap kak ell ni




 jumpa next post ok❤❤

kak ell.







Continue Reading

Tips kekal positif seorang WAHM



Assalamualaikum, Hai semua.


awak WAHM ke tu? 
macam mana nak kekal positive, produktif dan aktif sepanjang hari.


ada hari yang kita rasa down, timeline hidup terabur, feeling bit lost tak tahu nak start daripada mana.
End up, duduk dekat corner of the sofa dan tak buat apa apa.


Don't Worry Mommies.
It's NORMAL.

macam mana kak ell overcome semua ni? sharing dengan semua beberapa tips yang kak ell google, cuba test dekat diri sendiri. Mana lah tau kalau boleh tolong korang juga kan.


1. FOKUS PADA APA YANG PENTING

Paling biasa untuk seorang mommy, apa apa pon mesti dia nak dahulukan anak, keluargakan.
kak ell rasa the best way untuk seorang WAHM mesti tahu apa priority dia pada hari tu.
kalau hari ini mommy kena settlekan kerja A, letak dekat senarai paling atas sekali kerja A tu.
apa pon terjadi kena selesaikan kerja A tu hari yang sama.


Biasanya masa nak siapkan kerja A, anak anak akan menangis, meragam atau ada banyak kerja rumah yang lain. berhenti 20 kali tu perkara biasa yang akan terjadi, takpe berhenti sekejap tenangkan anak lepas tu sambung balik.




2. KEEP YOUR MIND FRESH.

Sentiasa fikir perkara yang positif, baca lah quotes, kata kata semangat yang korang suka. macam mana? zaman dah moden kan google saja lah.

Everyday motivate diri ok. Buang perasan negatif, tak yakin diri tu jauh jauh.


3. KENA ADA TARGET

korang dah ada target? pada kak ell WAHM kena ada target untuk elak diri rasa lost atau down.
kalau belum korang ambil kertas, pen senaraikan apa target yang korang nak capai, target bulan hari ini, target bulan ini, target tahun ini.

penting sangat tau, walaupun kita WAHM sahaja tapi kita tetap boleh capai apa yang kita nak dalam hidup.



4. SELALU BERSYUKUR.

kadang kadang bila halangan datang mesti kita akan terfikir kenapa lah pilih jadi WAHM ni kan.
buang rasa tu jauh jauh, fikir balik sebab utama kenapa kita nak jadi WAHM.

Kita nak ada kerjaya atau bisnes kita sendiri dan masa yang sama kita nak masa dekat rumah dengan anak anak. kak ell rasa takde apa yang dapat gantikan kebahagiaan ni sampai bila bila.

masa akan berlalu pergi, tak mungkin kita dapat putarkan kembali masa tu. so syukur selalu.


semoga korang dapat manfaat daripada sharing ni.
don't feel alone, we are in the same boat sister!

jumpa next post❤

kak ell.






Continue Reading

Monday, October 22, 2018

keliru nak pilih pembersih muka yang sesuai?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.




pernah tak korang rasa keliru nak pilih pembersih muka yang mana satu sesuai untuk korang.
silap pilih tak sesuai dengan kulit lain pulak jadinya kan.
elok elok nak kulit mulus bak gadis korea bertukar jadi kulit kaktus pulak.


kak ell dah jumpa cleanser yang buat kak ell rasa nak cium pipi sendiri tau. kak ell rasa teruja betul nak share benda yang baik ni. 



LUMINOUS GEL OIL CLEANSER


haaa, ini lah dia guna sikit sahaja sebesar size kacang pea, dah cukup tau. tiada sabun dan ada kandungan PH yang seimbang sesuai untuk semua jenis kulit muka.


luminous gel oil cleanser basically formulated untuk membantu membersih, menghalus kulit kita secara lembut.


paling penting sekali bila nak pilih cleanser atau skincare ni kita kena tengok bahan utama dalam tu, pilih yang selamat, bebas bahan kimia dan tiada paraben.


semua ini ada dalam youth cleanser tau, bebas daripada 1500 bahan kimia yang biasanya ada dalam produk skincare lain.


bahan utama dalam luminous gel oil cleanser ni adalah seperti Vital repair +, muscadine grape extract dan juga green algae complex.



Muscadine Grape Extract

muscadine grape ni adalah anggur yang paling ekslusif dan kaya dengan anti oksidan tau

bila bahan ni dimasukkan kedalam luminous gel oil cleanser ia akan lindungi sel kulit kita daripada radiasi bebas yang ada dalam udara, sinar ub dan bahan kimia dalam produk make up.

bayangkan tanpa bagan anti oksidan ni, sel kulit kita terdedah pada kerosakan , sel rosak, DNA pon rosak.


Vital Repair+ complex

Vital repair + complex ni adalah satu formula yang dah dipatenkan oleh shaklee.

dalam vital repair + complex ada kandungan vitamin vitamin yang sangatlah penting untuk kulit kita dia bekalkan nutrisi dan perlindungan anti oksidan yang secukupnya.


best kan korang, bukan saja dapat bersihkan kulit muka tapi dapat vitamin lagi.


Algae hijau dalam luminous gel oil cleanser pula bertindak membuang kotoran dekat muka dengan lembut tanpa cederakan kulit. 





Ramai yang dah cuba youth luminuos gel oil cleanser ni dan puas hati sangat.


kedutan makin berkurangan, saiz pori semakin mengecil, kulit makin anjal, masalah jeragat hilang


rugi sangat kalau orang lain dah jadi muda 10 tahun tapi kita tak cuba lagi kan.



kalau korang nak tau lagi atau nak cuba luminous gel oil cleanser ni boleh whatsapp kak ell tau


klik link whatsapp kak ell ni


jumpa lagi next post daripada kak ell ❤

Continue Reading

Saturday, October 13, 2018

Manfaat luar biasa Zink

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

kak ell nak share dengan pembaca semua 7 manfaat luar biasa zink kepada tubuh badan kita. Ada banyak rupanya kebaikan zink ni tau.






1. Meningkatkan kesihatan imun

penyelidik mendapati bahawa zink membantu mengawal keradangan, memendekkan tempoh selesema dan memberikan sokongan imun dengan mengaktifkan sel sel imun supaya mereka berfungsi secara maksimum.


2.Rambut kuat dan berkilau dengan zink

zink menyokong pertumbuhan sel, menyokong sel sel yang sihat untuk prestasi badan yang optimum. Bila sel sel badan kita lebih sihat struktur rambut kita akan jadi lebih kuat dan folikel rambut jadi lebih sihat. Kesannya rambut kita akan tumuh lebih kuat dan berkilau.


3. Kulit lebih cantik dan berseri.

betul ke ni? sifat anti keradangan dalam zink membantu mecegah radang dan meningkatkan proses pembaharuan sel, kulit lebih cepat sembuh dan sihat. Masalah jerawat yang melanda pon dapat dilegakan kerana anti keradangan tu. sebab tu lah kulit jadi lebih sihat dan berseri.


4. Permulaan untuk keluarga sihat

zink membantu mengekalkan sistem reproduktif untuk lelaki dan wanita. Dikalangan wanita, zink membantu dalam pemgawalan hormon, pengeluaran telur dan mengekalkan paras cecair folikel yang normal. ini penting untuk membantu pergerakan telur menuju rahim untuk proses penempelan.

bagi kaum lelaki pula, zink membantu meningkatkan jumlah sperma dan memperbaiki bentuk, fungsi dan kualiti sperma.


5. Meningkatkan Memori dan Pembelajaran

zink meningkatkan komunikasi antara neuron untuk memproses maklumat yang lebih cekap/ zink juga membantu melindungi saraf dan tisu otak kita


6. Meningkatkan Tenaga dan Stamina

Zink membantu menukarkan makanan menjadi tenaga secara optimum supaya anda mempunyai tenaga untuk menjalani hari anda. Ia juga meningkatkan prestasi sukan dan mengalakkan kekuatan dan ketahanan otot yang lebih baik.


7. Mempercepatkan penyembuhan luka

Zink memainkan peranan penting dalam fungsi imun, melawan jangkitan dan membantu dalam penghasilan tisu baru, mengelakkan jangkitan pada luka. Selain itu, zink mengekalkan keutuhan dan struktur kulit. zink juga menghasilkan protein dan kolagen untuk menyembuhkan luka dan berperanan penting untuk proses pembekuan darah.






Continue Reading